Thursday, August 18, 2016

Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) 2016

Suka cita dimaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju dengan Yayasan Astro Kasih melaksanakan projek Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS)bagi meyokong matlamat dan usaha KPM untuk membawa kandungan dan pengalaman yang holistik kepada murid-murid.

Sehubungan dengan itu, pemasangan dan penyelenggaraan peralatan KABKS di sekolah sekolah dan institusi institusi pendidikan KPM akan dilaksanakan oleh pihak Yayasan Astro Kasih.

Berikut adalah surat surat punca kuasa, senarai pegawai meja bagi wilayah persekutuan kuala lumpur serta Instrumen instrumen yang digunapakai dalam pemantauan pemasangan dan penyelenggaraan.

BORANG MAKLUMAT BAHAN DIGITAL MBMMBI SEKOLAH NEGERI MELAKA



http://gg.gg/mbmmbi-smmelaka  SEKOLAH MENENGAH

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh menghubungi 
WAN ABDUL HALIM BIN MD ZIN (UMIP BTPN Melaka) di talian 06-2324478 atau 013-6044636.

Smart School Qualification Standard (SSQS) 2016

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari, KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Mesyuarat Flagship Coordinator Committe (FCC) yang dipengerusikan oleh Y Bhg. Ketua Setiausaha Negara.


Untuk makluman YBhg. Dato’ /Datin/Dr./Tuan/Puan, lndikator dan instrumen SSQS telah dibuat penambahbaikan dengan memasukkan elemen Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), pelantar pembelajaran maya (Virtual Learning Enviroment) dan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

SPS telah diperluaskan ke semua sekolah mulai Julai 2013 dan semua sekolah telah disediakan dengan pelantar pembelajaran maya mulai 2012. lnstrumen penarafan SSQS versi 3 bagi tahun 2014 akan dijalankan secara atas talian menggunakan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, sila klik http://btpnmelaka.moe.gov.my/ssqsv4/.

Penarafan SSQS ini akan diselaraskan, dipantau dan dibimbing pelaksanaannya oleh pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini adalah bermula dari 15 Julai 2016 sehingga 30 Ogos 2016. Jumlah Responden adalah 62 orang terdiri daripada Pentadbir, GPM/Guru PSS, Guru (30 orang) dan Murid (30 orang).
Daerah Jasin : 15/7/2016 - 29/7/2016
Daerah Alor Gajah : 29/7/2016 - 14/8/2016
Daerah Melaka Tengah : 12/8/2016 - 26/8/2016

Tuesday, March 31, 2015

KHIDMAT BANTU ICT DI SEKOLAH SK HUTAN PERCHA PADA 17 MAC 2015
7 ORANG JURUTEKNIK TELAH MENJAYAKAN KHIDMAT BANTU TERSEBUT.



PEMANTAUAN KETUA PKG GANUN 
KE SEKOLAH AHLI KAWASAN TEBONG
PADA 12-13 MAC 2015


SJKT PEKAN TEBONG


SJKT LADANG TEBONG


SJKC KHIAK YEW
PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET
PERLAKSANAAN SPEEDTEST TERHADAP PRESTASI CAPAIAN PERKHIDMATAN 1BESTARINET SEKOLAH - SEKOLAH NEGERI MELAKA.



Sunday, December 29, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014

KAMI DARI WARGA PUSAT KEGIATAN 
GURU (10) GANUN 
MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT 
TAHUN BARU 2014.


Wednesday, September 4, 2013

MANUAL PENGGUNAAN SPS

BENGKEL KERJA PERISIAN DATA
PENGURUSAN SEKOLAH SECARA 
"HAND-ON" BAGI ADMINISTRATOR SPS SEKOLAH BERASASKAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA 2013.


Salam 1 Malaysia...

Sehubungan dengan itu pihak PKG Ganun telah mengadakan kursus seperti diatas dan disini di lampirkan manual penggunaan SPS untuk dijadikan garis panduan bagi guru-guru.